Friday, May 21, 2010

Piala Dunia Datang Lagi


Sekejap saja empat tahun berlalu. Bila Piala Dunia 2006 di German berakhir rasa lambat lagi untuk Piala Dunia yang seterusnya. Tapi pejam celik pejam celik sudah 2010 dan Piala Dunia datang lagi.

Rasanya aku mula sedar akan wujud Piala Dunia masa Sepanyol menjadi tuan rumah. Aku tidak tengok satu perlawanan pun tapi boleh rasa bahang kehangatan piala dunia. Tiap petang main bola dan kawan aku ada sebiji bola Tango Barcelona, iaitu nama rasmi bola tahun tu. Tak tau la original ke tak. Kawan aku kata original bukan local hehehehe. So ori la kut.

Tahun 1986 aku masuk tingkatan satu di Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur. Sekolah kebanggaan aku dan ramai lagi terutama yang pernah menjadi warganya. Aku sememangnya minat bola. Dan ketika itu aku dah mengenali ramai pemain bola terutamanya dari England. Biasa la tu kan. Yang best ketika itu pengetua sekolah aku pun rasanya minat bola. Dia umum kan bahawa sekolah telah benarkan pelajar-pelajarnya untuk menonton perlawanan akhir piala dunia. Untuk itu sekolah telah meletakkan sebuah televisyen di dewan besar sekolah untuk membolehkan ramai pelajar menontonnya. Yang bertambah bestnya pengetua juga umumkan sekolah akan bermula lambat sikit pada keesokan harinya. Ini disebabkan perlawanan akhir tersebut jatuh pada hari Ahad dan kalau tidak silap perlawanan bermula lewat malam. Jadi hari esoknya adalah Isnin di mana kami semua mulakan kelas lewat sedikit iaitu pada 8.30 pagi kalau tidak silap la.

Tapi malangnya aku hanya tingkatan satu pada ketika itu. Dan fatwa dari senior yang mesti diikut ialah semua pelajar tingkatan satu tidak benar menonton dan dikehendaki tidur awal. Jadi nak buat macam mana kenalah ikut fatwa yang dikeluarkan.

kena blah dulu nanti sambung

No comments: