Thursday, May 27, 2010

LHDN kutip RM86 billion pada tahun 2009

ARKIB : 24/12/2009



LHDN yakin kutip RM86b

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yakin mampu mencapai sasaran kutipan cukai berjumlah RM86 bilion bagi tahun ini.

Ini berdasarkan jumlah kutipan kasar sehingga kelmarin yang mencecah RM85 bilion atau 98.85 peratus.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, sasaran berkenaan dijangka berjaya dicapai kerana masih ada segelintir syarikat besar yang belum menjelaskan bayaran cukai masing-masing.

"LHDN menjangka untuk menerima pembayaran daripada syarikat besar berkenaan dalam tempoh beberapa hari menjelang berakhirnya tahun 2009.

"LHDN hanya kekurangan RM989 juta untuk mencapai sasaran kutipan kasar RM86 bilion yang diunjurkan oleh Perbendaharaan sepanjang 2009," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Perancangan Strategik 2009-2013 dan Buku Pelan Integriti LHDN di pejabat di sini hari ini.

No comments: