Friday, January 27, 2012

PDRM Collects Almost RM500 million Through Summons


Polis kutip RM476.6 juta bayaran saman trafik
17 March 2011


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengutip RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata daripada jumlah itu sebanyak RM421.2 juta dikutip di kaunter PDRM manakala RM55.4 juta dipeolehi melalui laman web seperti www.myeg.com.my (MyEG) dan www.rilek.com.my (RILEK).

"Jumlah bayaran saman yang dikutip di kaunter PDRM pada Julai 2010 adalah sebanyak RM64.1 juta, RM40.6 juta (Ogos), RM22.9 juta (September), RM29.3 juta (Oktober), RM29 juta (November), RM127 juta (Disember), RM44.7 juta (Januari 2011) dan RM63.6 juta Februari lalu.
"Bagi jumlah kutipan saman melalui MyEG dan RILEK pula sebanyak RM4.5 juta pada Julai 2010, RM2.8 juta (Ogos), RM1.8 juta (September), RM2.3 juta (masing-masing pada Oktober dan November), RM2.3 juta (Disember), RM7.3 juta pada Januari 2011 dan pada Februari lalu sebanyak RM8.3 juta," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat.

Fong ingin tahu kutipan saman bagi bulan Julai 2010 sehingga Februari 2011 mengikut jumlah yang dibayar di kaunter PDRM dan laman web serta jumlah kementerian perlu bayar kepada pihak lain dan yang dikutip (RM2 setiap transaksi) oleh MyEG.

Hishammuddin berkata, kerajaan membayar caj komisen sebanyak 1.8 peratus daripada jumlah kutipan keseluruhan bulanan yang dipungut melalui MyEG dengan transaksi yang menggunakan kad kredit dan sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi yang berjaya melalui kad debit.

"Selain itu, RM2 juga dikenakan kepada pembayar bagi setiap transaksi yang berjaya untuk dibayar kepada MyEG," katanya. - BERNAMA

No comments: