Wednesday, May 21, 2014

Konvoi dan Marshal

Marshal konvoi tanpa polis satu kesalahan
16 May 2014

KUALA LUMPUR 15 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius perbuatan segelintir individu yang menjadi marshal dalam konvoi kenderaan tanpa penglibatan anggota polis trafik di jalan raya ke­rana tindakan itu menyalahi undang-undang serta boleh dikenakan tindakan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Fuad Abd. Latiff berkata, tiada undang-undang yang membenarkan marshal bertugas untuk mengawal lalu lintas di jalan raya tanpa kehadiran anggota polis trafik.

“Keperluan bantuan tugas marshal mesti dengan kehadiran rasmi polis trafik seperti dalam acara berbasikal Le Tour De Langkawi dan Jelajah Malaysia.

“Sekiranya mana-mana individu atau kumpulan menjalankan tugas marshal tanpa kehadiran polis, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang me­­ngikut Seksyen 21(3) Akta Polis atau Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Mohd. Fuad berkata, pengguna jalan raya tidak perlu mengikut arahan marshal sekiranya tiada penglibatan anggota polis trafik.


“Tidak salah sekiranya mereka hanya memakai pakaian bertulis marshal mengikut konvoi, tapi kesalahan berlaku apabila mereka menahan kenderaan lain bagi memberi laluan kepada kumpulan mereka," ujarnya.



Dah lama gak sebenarnya terbit rasa sedikit tak puashati ngan geng motor besar ni. Bukan jeles kat depa yang mampu beli sebiji tayar berharga RM800 atau helmet Arai RAMIII Gauloises harganya RM8000 tu.  Tak juga terasa walaupun  aku ni tak mampu untuk memiliki sepasang sarung tangan berhargaRM100..

Yang aku geram depa ni buat jalan raya macam depa punya. Berapa kali terserempak dengan depa ni aku dipaksa untuk ketepi dan perlahankan kereta. Maka berderumlah mereka dengan jumlah yang banyak menguasai lorong di jalanan. Heran gak masa tu depa ni ada lesen untuk memecut lebih dari 110km/sejam ka.  Berdesut ja perginya ketika meter kelajuan kereta aku telah pun menunjukkan 110 km/sejam. Pastinya ini di lebuhraya. Ada sekali aku saja buat keras kepala berada di lorong kanan memecut pada 110km/sejam, kelihatan segorombolan motor besar cepat menghampiri. Dalam beberapa saat sahaja sebuah motor yang pastinya perasaan marshal meminta semua kereta ke kiri. Aku buat dek ja. Kemudian perasan marshal tu berada di sebelah aku kanan aku memberi isyarat perlahan dan meminta aku ke kiri. Aku buat muka bebai  (kata orang penang). Si perasan marshal memberi senyuman dan terus meminta aku ke kiri. Aku buat mulut kumat kamit seolah sedang berkata sesuatu yang aku tak puas hati padahal aku sendiri tak tahu apa aku cakap. Akhirnya aku mengalah dan si perasan marshal memberi thumb up kat aku. Tapi aku terus buat muka marah. Hahahaha saja ja sebenarnya.

Kemudian aku membuka booth di sebuah event di hotel five stars di Pulau Pinang. Yang bestnya ialah gathering dan mensyuarat kumpulan motor besar. Aku terus bertanya hal konvoi dan marshal kepada seorang orang kuat kumpulan ni. Dia menjawap  marshal tidak hak untuk menahan kenderaan yang lain dan dia mendakwa kumpulan motornya tidak akan berbuat demikian. Malah dalam ahlinya ada terdapat juga pegawai polis yang turut menjadi penasihat. Aku bertanya lagi kenapa lately ada banyak kemalangan melibatkan motor besar. Dia menjawap kemungkinan besar yang terlibat dengan kemalangan adalah orang yang baru belajar menunggang motor besar. Menunggang besar ni mengikut beliau perlu latihan yang banyak termasuk mengenali lebih dalam tentang pemotoran. Ada juga kemungkinan mereka ni cuba menunjuk-nunjuk padahal kurang pengalaman mengendali motor besar.

Setelah berkali di tahan oleh perasan marshal kali terakhir di Batu Kawan oleh perasan marshal yang mengawal sekumpulan besar kerata Fairlady akhirnya aku puas hati setelah mengetahu yang ketidakpuashati aku tu dipihak yang benar.

Kita boleh ambil gambar dan buat laporan jika ni terjadi. Yihaaaaaaa

No comments: